AZRAQ CENTRE

PENDAHULUAN

Azraq Centre adalah sebuah pusat pembelajaran & latihan yang menawarkan perkhidmatan Motivasi & Seminar, Mengaji Al-Quran Dewasa, Remaja & Kanak-Kanak dan Perunding Kekeluargaan.

Motivasi & Seminar

Ia terbuka kepada golongan pekerja, pelajar sekolah dan universiti. Bertujuan untuk membantu golongan ini mengenali cara dan bagaimana menyelesaikan masalah serta mengenali diri dengan lebih dekat.

Mengaji Al-Quran

Ia sesuai  untuk pembelajaran semua peringkat umur tidak kira dewasa, remaja & kanak-kanak. Pelajar akan di ajar dari asas mengenal huruf hijaiyah hingga khatam Al-Quran beserta tajwid.

Keistimewaan:

Kelas Dewasa & Remaja : akan di ajar secara perseorangan serta hari & waktu adalah pilihan pelajar sendiri.

Kelas Kanak-Kanak : akan di ajar dari asas Iqra hingga Al-Quran beserta Fardhu Ain ( Tauhid, Ibadah, Akhlak), Asas Bahasa Arab, Tulisan Jawi, Mengafaz Surah Pendek dan Belajar menunaikan solat.

Perunding Kerjaya & Kekeluargaan

Ia sesuai bagi mereka yang memerlukan pandangan dan khidmat nasihat dalam menjaga kebahagiaan keluarga dan kerjaya.

Keistimewaan :

Perunding Kekeluargaan : bagaimana cara mengatasi dan menyelesaikan masalah dan konflik yang berlaku dalam keluarga sama ia datangnya dari diri sendiri, pasangan, anak-anak atau faktor luar.

Perunding Kerjaya : ia bertujuan utuk membantu seseorang untuk memajukan diri, memperbaiki kelemahan dan bagaimana cara menghadapi masalah di tempat kerja.